Sambutan Hari Guru PASTI Kemaman Dengan Tema ‘’Guru Mithali Pemangkin Generasi Rabbani”
KEMAMAN,
23 Mei : Bertempat
di Dewan Seri Geliga Majlis Perbandaran Kemaman, PASTI Kawasan Kemaman telah
mengadakan Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Kemaman 2023. Program tahunan ini
dihadiri sekitar 220 orang terdiri daripada guru-guru dan jawatankuasa
pengurusan PASTI kawasan.
Turut hadir ialah wakil PAS Kawasan Kemaman, Hjh Rohasni Binti
Husin dan Ketua Ameerah Kawasan Kemaman, Ustazah Siti Nur Radhiah Binti Alias.
Puan
Hasnah Abu Bakar selaku Pengerusi Majlis Guru PASTI (MGP) Kemaman dalam ucapan
pembukaan mengingatkan keperibadian guru PASTI yang perlu sentiasa dijaga dari
segi akhlak, keterampilan, pergaulan dan sebagainya. Beliau juga menyeru
guru-guru supaya sentiasa menambah ilmu, ikhlas dan istiqamah dalam menjalankan
tugas sebagai pendidik.
Dikesempatan
ini juga beliau memaklumkan akan melancarkan kutipan dana van PASTI bagi
memudahkan pergerakan guru-guru menyertai kursus dan aktiviti-aktiviti pada
masa akan datang.
Sementara
itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Ramlan Mahmood dalam
ucapan perasmian memberi penekanan peranan guru PASTI sebagai ranting penting
dalam gerakan Islam di Malaysia.
Beliau antara lain menyebut bahawa tujuan penubuhan PASTI selain dari menerapkan ilmu peringkat pra sekolah berasaskan sistem pendidikan yang bertunjangkan syariat, ia juga bertujuan menghasilkan seberapa ramai aktivis-aktivis yang akan menjadi pendokong gerakan Islam.
Memandangkan
pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi, beliau menyeru guru-guru
tidak ketinggalan melibatkan diri dalam gerak kerja jemaah induk parti agar kemenangan
PAS dapat dipertahankan di Negeri Terengganu.
Sempena
program itu, jawatankuasa pengurusan PASTI Kemaman menyampaikan anugerah khas seterusnya
menyerahkan sumbangan raya kepada semua guru dan pembantu PASTI.
Category:
0 comments