Sumbangan Duit Raya Sempena Ramadan kepada Guru PASTI Dun Air Putih
Kemaman, 25 Ramadan 1444H : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman dengan Kerjasama PASTI Kawasan Kemaman telah mengadakan ziarah mahabbah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada semua guru PASTI seluruh Dun Air Putih.
Ketua DPPKK, Ustaz Ramlan Bin Mahmud sempat meluangkan masa menyampaikan sumbangan kit ramadan kepada 85 orang guru dan pembantu di 13 cawangan PASTI dalam Dun tersebut.“ Selain menyampaikan sumbangan, ziarah hari
ini bertujuan meninjau operasi PASTI dan mengeratkan ukhuwah antara pimpinan
dan petugas-petugas. Disamping itu dapat mengambil maklum perkara-perkara
berbangkit di peringkat bawah,” Ujarnya.
Turut hadir YB Cikgu Razak ADUN Air Putih, Pengerusi PASTI Kawasan Kemaman,
Saudara Hafiz Bin Nasiran dan Ketua Pemuda Dun Air Putih, Ustaz Dasuki Bin Tahir.
Ziarah bermula dari PASTI Al-Furqan, Felda
Neram 1 dan berakhir di PASTI Adam, Mak Chili. Dalam lawatan itu juga Pemuda
PAS Dun Air Putih menyampaikan sumbangan tunai sempena Aidil Fitri kepada semua
guru dan pembantu PASTI. Menurut beliau, sumbangan ini tidak sebarapa jika dibandingkan
dengan pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak menjadi muslim yang baik dan
berguna kepada masyarakat dan agama.
Kepimpinan DPPKK dan PASTI Kawasan Kemaman
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru serta pembantu PASTI yang
terlibat.
Category:
0 comments