Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman 2022
KEMAMAN, 15 Oktober : Lebih 600 orang, terdiri daripada para guru, peserta serta ibu bapa memenuhi Darul Iman Training Centre (DITC) yang menjadi lokasi pertandingan Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman yang telah berlangsung pada pagi tadi.
Sebanyak 8 acara dipertandingkan iaitu nasyid, kalam jamaie, azan, khutbah, hafazan, pidato, sajak, Azan dan bercerita.
Alam Ria kali ini tampil dengan sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila setiap peserta dalam acara nasyid serta sajak dikehendaki menghasilkan sendiri lirik nasyid serta sajak yang dipertandingkan.
Menurut pengarah Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman Wan Faisal Wan Abdullah persaingan sengit yang telah ditunjukkan oleh para peserta dalam setiap acara membuktikan kemampuan PASTI dalam melahirkan para pelajar yang berbakat dan berdaya saing.
"Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga PASTI Kawasan Kemaman yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak ini sehingga berjaya tampil memberikan persembahan yang terbaik seperti yang dapat kita lihat pada hari ini."
“Pada usia yang amat muda, persembahan mereka begitu mengagumkan, semuanya adalah hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa ,” katanya ketika ditemui di sini.
Category:
0 comments