Daftar Online

product 1

Borang Pendaftaran Pelajar PASTI Kawasan Kemaman secara online

Dana PASTI Kemaman

Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan melalui akaun:

Maybank
PASTI KAWASAN KEMAMAN
563028805892

PASTI Kemaman Juarai 3 Acara Di Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Terengganu 2011

Pasti Kemaman | 1:37 AM | 0 comments

Kemaman, 11hb. September : Kontingen PASTI Kawasan Kemaman berjaya menjuarai tiga acara di Hari Alam Ria Peringkat PASTI Negeri Terengganu yang diadakan pada 9-10hb. September di Dewan Haji Hassan, Alor Lintah, Besut semalam.


Alam Ria PASTI Negeri Terengganu tersebut telah dilakukan perasmian penutup oleh Ustaz Rizduan Hashim, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong dan Bendahari PASTI Pusat, Saudara Badaruddin Ismail.

Sebanyak sepuluh acara telah dipertandingkan dan kesemua lapan buah PASTI Kawasan seluruh Terengganu mengambil bahagian dan PASTI Kawasan Kemaman telah menjuarai acara sajak kategori lelaki, sajak kategori perempuan dan bercerita kategori perempuan.

Bagi acara bercerita, kepetahan, kelancaran, gaya badan dan aksi spontan yang menarik telah menobatkan Adik Nur Afifah Najihah Mohd Taufik, pelajar PASTI Al Amin, Kijal, Kemaman sebagai Juara Bercerita Kategori Perempuan.

Sementara itu, pasangan kembar lelaki dan perempuan, adik Syed Adib Marwan Syed Ahmad dan adik Sharifah Auni Marwa Syed Ahmad, kedua - duanya dari PASTI Pasir Minal, Kemaman berjaya mengungguli acara bersajak apabila terpilih menjuarai kedua- dua acara tersebut.

Bagi acara berpidato, peserta dari PASTI Al jihadi, Paya Berenjut, Kemaman, adik Nur Anis Afiqah Rais Ahmad (gambar - bawah) berjaya memenangi tempat ke-3 dan diberi penghormatan untuk menyampaikan pidatonya di hadapan tetamu jemputan sebelum majlis perasmian penutup.

Adik Nur Anis Afiqah, 6 tahun bercita - cita menjadi seorang doktor pakar memandangkan bilangan doktor pakar terutamanya dalam kategori sakit puan masih kurang sekarang ini.

Pada tahun ini PASTI Marang telah diumumkan menjadi Juara Keseluruhan Alam Ria manakala PASTI Dungun muncul sebagai Naib Juara.

Menurut Ketua Kontingen PASTI Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah, kegagalan pasukan nasyid mendapat tiga tempat terbaik disebabkan para peserta keletihan akibat terpaksa mengharungi perjalanan jauh hampir lima jam dari Kemaman ke Besut.

Kesemua pemenang Alam Ria PASTI Terengganu akan mewakili PASTI Terengganu ke Alam Ria PASTI Pusat pada 16-17hb. September ini yang akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak.

Category: ,

0 comments