Daftar Online

product 1

Borang Pendaftaran Pelajar PASTI Kawasan Kemaman secara online

Dana PASTI Kemaman

Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan melalui akaun:

Maybank
PASTI KAWASAN KEMAMAN
563028805892

PASTI Al Jihadi, Paya Berenjut Juarai Nasyid Di Alam Ria PASTI Kemaman 2011

Pasti Kemaman | 9:41 AM | 0 comments

Kemaman, 8hb. September - Kumpulan nasyid PASTI Al Jihadi, Paya Berenjut muncul sebagai juara kategori nasyid di Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman yang diadakan di Markaz PAS Bukit Mentok pagi tadi.

PASTI Al Jihadi menewaskan empat buah kumpulan manakala PASTI Nur Islam, Bukit Mentok dinobatkan sebagai Naib Juara.

Sebanyak 23 buah PASTI seluruh Kemaman telah menyertai pertandingan tersebut yang merupakan acara tahunan Jabatan PASTI Kemaman bagi mencungkil bakat - bakat pelajar untuk digilap dan diketengahkan.
Perasmian Penutup acara tahunan yang dulunya dikenali sebagai Hari Mahrajan telah disempurnakan oleh Haji Ismail Harun, Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merangkap Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman, Ridzuan Mohammad (Timbalan Penyelaras), Mohd Tishaah Hamzah (Setiausaha PASTI Kemaman), Ustaz Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan (Bendahari) dan Azman Kadir selaku Penolong Setiausaha PASTI Kemaman.

Serentak dengan itu, PASTI Kawasan Kemaman juga telah mengadakan sambutan Hari Raya Idul Fitri bagi meraikan para ibubapa/penjaga, pelajar dan guru - guru serta pembantu yang hadir ke majlis tersebut.

Sebanyak tujuh acara dipertandingkan bagi memilih wakil PASTI Kemaman ke pertandingan peringkat PASTI Negeri yang akan diadakan pada 9-10hb. September di Jertih, Besut.
Bagi acara membaca khutbah, adik Ahmad Sauki Ahmad Sukri telah muncul sebagai Johan manakala adik Mohd Muhaimin Ibrahim memenangi acara memperdengarkan azan.

Acara yang mendapat sambutan hangat ialah nasyid berkumpulan dimana sebanyak lima buah PASTI telah menghantar pesertanya dan acara lain yang dipertandingkan merangkumi hafazan lelaki dan perempuan, sajak lelaki dan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan dan pidato perempuan sahaja.

Peserta acara hafazan kategori lelaki.

Nampak hensome dengan sepasang baju melayu dan bersongket.

Barisan juri, dari kiri ; Pn Sharifah Noriah, Pn Nor Arbaeyah dan Pn. Norisah.

Adik perempuan acara sajak.

'Ya Allah ! Ampunilah dosa kedua ibubapa dan guru - guru PASTI kami....'

'pada suatu hari pak Najib telah ditangkap....' peserta bercerita lelaki.

Pengacara Majlis (kiri) bersama Ketua Hakim (kanan) sedang tekun mendengar persembahan pelajar.

Bakal Khatib Masjid Pasir Minal 2020...

Bakal Ustaz tahun 2020...

'Ya Allah ! Engkau Redhailah perjuangan Ibubapa kami untuk mendaulatkan Islam...'

....'jikalau hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....'

Haji Ismail Harun semasa ucapan Perasmian Penutup Alam Ria 2011.

Hj Ismail Harun sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Ustaz Hishamuddin bersama salah seorang pemenang.

Bergambar bersama Penyelaras PASTI Kemaman.

Cenderahati untuk Pn. Norisah, salah seorang juri pertandingan.

Dua orang pemenang bersama guru pengiring.

Pemenang bersama guru pengiring.



Category:

0 comments