Daftar Online

product 1

Borang Pendaftaran Pelajar PASTI Kawasan Kemaman secara online

Dana PASTI Kemaman

Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan melalui akaun:

Maybank
PASTI KAWASAN KEMAMAN
563028805892

Sumbangan Khas PASTI Kemaman Untuk Anak Yatim dan Ibu Tunggal

Pasti Kemaman | 3:13 AM | 0 comments

KEMAMAN, 28 Ogos : PASTI Kawasan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah PASTI qaryah untuk menyapaikan sumbangan khas ramadhan kepada para pelaja PASTI yang bestatus anak yatim dan golongan armalah daripada guru-guru PASTI Kemaman.

Sumbangan berbentuk kewangan disampaikan melalui bendahari PASTI Kemaman, Ustaz Wan Zawawi. Antara PASTI yang terlibat ialah PASTI Sri Purnama Seberang Tayur, PASTI  Al-Abrar Kertih, PASTI As-Syakirin Batu Putih, PASTI Al-Munawwarah Pangkalan Ranggon, PASTI Adam Mak Chili, Pasti As-Siddiq Geliga, Pasti Al-Jihadi Berenjut dan PASTI Darul Yakin Batu 4.

Pihak PASTI Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang budiman. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Sumbangan kepada Cikgu Puziah wakil Anak Yatim diperhatikan oleh Guru- guru di PASTI Al-Jihadi Berenjut pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pelajar Anak Yatim di PASTI Adam Mak Chili pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Cikgu Norimi wakil Anak Yatim bersama pelajar- pelajar di PASTI Al-Munawwarah Kerteh pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pelajar Anak Yatim di PASTI As-Syakirin pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Cikgu Raja Nur Saheera dua daripada kanan diperhatikan oleh Cikgu Dayang Man di PASTI Al-Abrar Kerteh pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Cikgu Azlina dua daripada kiri diperhatikan oleh Guru- guru di PASTI Sri Purnama Seberang Tayur pada hari Khamis 25 Ogos 2011.

Category: ,

0 comments