Daftar Online

product 1

Borang Pendaftaran Pelajar PASTI Kawasan Kemaman secara online

Dana PASTI Kemaman

Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan melalui akaun:

Maybank
PASTI KAWASAN KEMAMAN
563028805892

PASTI Kemaman Juara Keseluruhan Sukan PASTI Negeri Terengganu 2011

Pasti Kemaman | 9:37 PM | 0 comments


KUALA TERENGGANU, 13 Mei: Setelah berusaha beberapa musim, akhirnya PASTI Kemaman berjaya muncul sebagai juara bagi acara bola sepak dan naib juara bagi acara bola jarring pada Karnival Sukan PASTI peringkat Negeri Terengganu 2011. 

PASTI Kawasan Setiu selaku tuan rumah pada tahun ini memilih Dataran Ulama, Batu Rakit sebagai tapak karnival.

PASTI Kawasan Kemaman memulakan perlawanan pembukaan bagi kumpulan B bertemu dengan johan 2010 iaitu PASTI Kawasan Dungun. Keputusan terikat seri 0-0 apabila tiada jaringan sehingga wisel penamat ditiup pengadil.

Bagaimanapun, pasukan PASTI Kemaman mula bangkit menewaskan pasukan PASTI Kuala Terengganu dan PASTI Marang dalam pusingan kelayakan. 

Kemaraan PASTI Kemaman tidak terhenti di situ apabila berjaya menewaskan PASTI Hulu Terengganu pada pusingan separuh akhir dan menundukkan PASTI Dungun dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan akhir.
Situasi yang hampir sama juga berlaku bagi acara bola jaring apabila terus mara tanpa kalah sehingga akhirnya tewas kepada pasukan bola jaring Kuala Terengganu pada perlawanan akhir dengan jaringan 3-13.

PASTI Kemaman menempa nama apabila adik Arif Sofwan dari PASTI Kemaman telah dinobatkan sebagai pemain bole sepak terbaik 2011. Sementara itu, PASTI Kemaman juga berjaya membawa pulang piala pusingan juara keseluruhan disamping piala iringan johan bola sepak PASTI Terengganu 2011.

Kejohanan tahun ini disertai oleh 8 pasukan bola sepak dan 8 pasukan bo;a jaring dari 8 kawasan terdiri dari PASTI Besut, PASTI Seitu, PASTI Kuala Nerus, PASTI Kuala Terengganu, PASTI Hulu Terengganu, PASTI Marang, PASTI Dungun, dan PASTI Kemaman.
 
Mewakili PASTI Kemaman ialah Saudara Abdul Rolit selaku Ketua Kontinjen, Othman Jusoh, Azman Kadir, Puan Hasnah Abu Bakar, Puan Zaidah, dan Puan Zaini Jib.

Turut serta ialah Tuan Haji Azman Zawawi, Halfian, guru-guru PASTI Adam, PASTI Al-Amin dan PASTI Al-Abrar

Category:

0 comments