PASTI Tetap Pilihan Ibu Bapa
Kemaman, 23 April : ‘’PASTI adalah pilihan terbaik’’. Mungkin itulah slogan sesuai untuk PASTI dan ianya diakui oleh Ustaz Hazri Jusoh, Pengarah Majlis Tindakan Dun Kijal ketika berucap memberi kata-kata aluan sempena Sukan PASTI Kawasan Kemaman 2011 di Kg Meraga Beris, Kijal 23 april yang lalu.
Beliau yang juga merupakan Naib YDP PAS Kemaman antara lain menekankan tentang kepentingan ibu bapa menitik berat pendidikan awal anak-anak sebagai menghadapi cabaran masakini mengikut acuan syariat Islam.

Suasana ini dilihat ketika lawatan beliau ke Serawak ketika Pilihanraya Negeri Serawak baru-baru ini. Bahkan suatu ketika dahulu PASTI di Johor pernah menerima kemasukan pelajar daripada kaum Tionghua.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian oleh Yang DiPertua PAS Kemaman, Tuan Haji Ismail Harun turut mengucapkan syabas dan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap system pendidikan PASTI.
Beliau juga menyeru agar ibu bapa dan masyarakat terus menerus sokongan kepada PASTI untuk memartabatkan sistem pendidikan berasaskan syariat Islam agar dapat melahirkan modal insan yang lebih produktif dan bertaqwa.
Seterusnya beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik tanah dan jawatankuasa surau Meraga Beris, Cikgu Mustafa dan Hj Dahan bersama dengan masyarakat sekeliling kerana membantu melancarkan acara tahunan PASTI Kawasan kemaman.
Category: Berita
0 comments