Kejohanan Mini Futsal & Bola Jaring PASTI Kawasan Kemaman 2011
Kemaman 23 Apr : Sukan tahunan PASTI Kawasan Kemaman telah berjaya diadakan di Kg Meraga Beris, Kijal.
Program bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan peserta dari PASTI-PASTI qaryah disusuli lafaz ikrar PASTI diketuai pelajar PASTI Al-Amin Kijal, adik Naim Azmi.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh pengarah Majlis Tindakan Dun Kijal, Ustaz Hazri Jusoh merangkap Naib YDP PAS Kemaman. Seterusnya acara perasmian dilakukan oleh Yang DiPertua PAS Kemaman, Tuan Haji Ismail Harun.
Menurut pengarah program, Abdul Rolit kejohanan ini merupakan sesuatu yang mesti dilaksanakan secara kerap kerana ia dapat memupuk semangat persaingan disamping dapat memugarkan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan.

Kejohanan tahun ini disertai oleh 17 pasukan bola sepak dari 15 qaryah terdiri dari PASTI Adam Mak Chili (2 pasukan), PASTI Al-Mahabbah Bukit Kuang (2 pasukan), PASTi Nur Islam Bukit Mentok, PASTI Nurul Ehsan Pasir Minal, dan PASTI Al-Jihadi Paya Berenjut.
Turut serta ialah PASTI Al-Qamariah Binjai, PASTI Al-Falah Kg Jaya, PASTI Al-Amin Kijal, PASTI Syawal Cheneh, PASTI Permai Jaya, PASTI Nur Nabila Teluk Kalong, PASTI Ammar Chabang,PASTI Ar-Rahman dan PASTI Abrar, masing-masing di Kerteh. Manakala PASTI Al-Munawwarah dan PASTI Asy-Syakirin bergabung menjadi satu pasukan.
Bagi pasukan bola jarring pula terdiri dari PASTI Adam Mak Chili, PASTI Al-Mahabbah Bukit Kuang, PASTI Nur Islam Bukit Mentok, PASTI Nur Nabila Teluk Kalong, dan PASTI Ar-Rahman Kerteh.
Turut hadir ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
Category: Berita
0 comments