Program Latihan Kebakaran PASTI Kemaman
KEMAMAN, 29 Jan: Dalam kesibukan memberi didikan agama untuk anak-anak, aspek keselamatan tidak pernah dilupakan. Sehubungan itu, PASTI Kawasan Kemaman dengan kerjasama PASTI Al-Mahabbah telah menganjurkan Program Latihan Kebakaran.
Program tersebut diadakan di perkarangan PASTI Al-Mahabbah, Kampung Bukit Kuang. Peserta program terdiri daripada guru-guru PASTI dan jawatankuasa pengurusan PASTI Kawasan Kemaman.
Sejurus selepas sesi ceramah, peserta dibawa ke perkarangan PASTI Al-Mahabbah untuk aktiviti demonstari memadam kebakaran. Para peserta diberi taklimat ringkas cara-cara menggunakan fire extinguisher. Setiap peserta diberi peluang memadam api yang telah dinyalakan sebelum itu.
Category: Berita
0 comments