Hi Tea PASTI Kawasan Kemaman
PASTI Kawasan Kemaman akan menganjurkan Majlis Hi Tea PASTI Kawasan Kemaman yang bertemakan "Menuju PASTI Cemerlang" pada 11 Januari 2011 di Suria Beach Resort, Cherating.
Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim ketika dihubungi oleh krew pastikemaman.com, "penganjuran Hi Tea PASTI Kawasan Kemaman ini diusahakan untuk mewujudkan Dana Pendidikan PASTI Kawasan Kemaman yang lebih tersusun dan berfungsi untuk memantapkan jentera pentadbiran dan pengurusan PASTI Kemaman".
Menurut beliau lagi, "perkembangan PASTI Kawasan Kemaman pada tahun ini lebih baik daripada sudut peningkatan pelajar. Kanak-kanak yang didaftarkan di bawah pendidikan PASTI di Kemaman pada tahun ini seramai 1,426 orang berbanding tahun 2010 seramai 1,300 orang pelajar.
Sehubungan dengan itu, PASTI Kemaman amat memerlukan dana pengurusan dan pentadbiran yang kukuh untuk memantapkan lagi gerak kerja PASTI", ujar Pengerusi PASTI Kemaman.
Krew pastikemaman.com turut menghubungi Ustaz Wan Muhammad Zawawi, Bendahari PASTI Kawasan Kemaman yang juga sebagai Pengarah Hi Tea PASTI Kawasan Kemaman untuk meninjau persiapan program yang bakal menjelang pada pertengahan Februari nanti.
Menurut beliau, "segala perancangan berjalan lancar bermula daripada jemputan tetamu khas iaitu Yang Berbahagia Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Pusat dan YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan, tokoh motivasi. Perjalananan program Hi Tea ini bersesuaian dengan kumpulan sasaran dari kalangan ibu bapa pelajar, maka program ceramah motivasi Ibubapa Cemerlang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Tokoh Motivasi yang diundang khas dari Perasa Management, YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan.
Di samping itu, kehadiran Yang Berbahagia Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan lebih memeriahkan lagi perjalanan program ini dengan amanah dan harapan daripada pucuk kepimpinan parti.
Kami mensasarkan 500 orang penyertaan untuk program ini dengan sasaran utama peserta adalah ibubapa pelajar sendiri, syarikat korporat dan individu-individu di sekitar Kemaman.
Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan semua pihak dapat membantu PASTI Kemaman dengan menyertai program Hi Tea ini. Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi saya di talian 019-9671409. Begitu juga, sumbangan secara berterusan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank di atas nama PASTI Kawasan Kemaman, no akaun 563028805892".
Harapan tersebut disampaikan oleh Pengarah program Hi Tea sebagai mengakhiri perbualan krew kami.
Category: Program
0 comments