KEMAMAN, 15 Oktober : Lebih 600 orang, terdiri daripada para guru, peserta serta ibu bapa memenuhi Darul Iman Training Centre (DITC) yang menjadi lokasi pertandingan Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman yang telah berlangsung pada pagi tadi.
Sebanyak 8 acara dipertandingkan iaitu nasyid, kalam jamaie, azan, khutbah, hafazan, pidato, sajak, Azan dan bercerita.
Alam Ria kali ini tampil dengan sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila setiap peserta dalam acara nasyid serta sajak dikehendaki menghasilkan sendiri lirik nasyid serta sajak yang dipertandingkan.
Menurut pengarah Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman Wan Faisal Wan Abdullah persaingan sengit yang telah ditunjukkan oleh para peserta dalam setiap acara membuktikan kemampuan PASTI dalam melahirkan para pelajar yang berbakat dan berdaya saing.
"Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga PASTI Kawasan Kemaman yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak ini sehingga berjaya tampil memberikan persembahan yang terbaik seperti yang dapat kita lihat pada hari ini."
“Pada usia yang amat muda, persembahan mereka begitu mengagumkan, semuanya adalah hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa ,” katanya ketika ditemui di sini.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
Bertemakan KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA, kami dari Pasti Kawasan Kemaman menyahut seruan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.
Bermula 1hb Ogos sehingga 16hb September setiap tahun, negara menyambut Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malysia, dengan pelbagai tema dan logo serta Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan di seluruh negara.
Walau apa jua situasi kita, ayuh Malaysia ! Buktikan anda cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang !! π²πΎπ²πΎπ²πΎ
Ikhlas daripada,
Wan Faisal Wan Abdullah
Pengerusi Pasti kawasan Kemaman
#PASTIMalaysia
#PastiNegeriTerengganu
#PastiKawasanKemaman
#MelahirkanGenerasiRabbani
#MelahirkanGenerasiCelikAlQuran
Kemaman 13 Mei : Sukan tahunan PASTI Kawasan Kemaman telah berjaya diadakan di Padang Awam, Kg Paya Berenjut.
Program bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan peserta dari PASTI-PASTI qaryah disusuli lafaz ikrar PASTI.
Majlis
dirasmikan YDP PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid.Menurut pengarah program, Abdul Rolit
kejohanan ini merupakan sesuatu yang mesti dilaksanakan secara kerap
kerana ia dapat memupuk semangat persaingan disamping dapat memugarkan
aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan.
Kejohanan
tahun ini disertai oleh 16 pasukan bola sepak dan 8 pasukan bola
jaring dari 23 qaryah terdiri dari PASTI Adam Mak Chili, PASTI
Al-Mahabbah Bukit Kuang, PASTi Nur Islam Bukit Mentok, PASTI Darul Yakin
Batu 4, PASTI Nurul Ehsan Pasir Minal, dan PASTI Al-Jihadi Paya
Berenjut.
Turut
serta ialah PASTI Bestari Al-Hikmah, PASTI Al-Qamariah Binjai, PASTI
Al-Falah Kg Jaya, PASTI Al-Amin Kijal, PASTI Syawal Cheneh, PASTI
Permai Jaya, PASTI Nur Nabila Teluk Kalong, PASTI Ammar Chabang,PASTI
Ar-Rahman dan PASTI Abrar, masing-masing di Kerteh.
Turut
hadir ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras PASTI Kawasan
Kemaman merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
Ustaz Ridzuan Hashim, Timbalan Ketua DPPNT sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.
Ustaz Sulaiman Sulong, Pengarah PASTI Terengganu sedang memberi ucapan alu - aluan.
Timbalan YDP Besut bersama tetamu jemputan.
Ustaz Sulaiman (kanan) bersama Badaruddin (kiri) kelihatan segak dan bergaya.
Adik Nur Anis Afiqah Rais Ahmad dari PASTI Kemaman sedang menyampaikan pidatonya.
Peserta azan suboh sedang memperdengarkan azan.
Salah sebuah pasukan nasyid PASTI Kawasan sedang mempersembahkan nyayian.
Nampak kemas dan ceria dengan warna sedondon.
Pasukan nasyid PASTI Kawasan Kemaman menyampaikan lagu 'Adab Bersyukur'.
Peserta PASTI Marang yang muncul sebagai Juara Acara Azan Suboh.
Aksi menarik dari peserta acara bercerita kategori lelaki.
Salah seorang peserta nasyid PASTI Kemaman penuh debaran menunggu saat persembahan.
Peserta nasyid PASTI Kemaman yang ini nampak 'cool and calm' saje.
Adik Nur Afifah Najihah dari PASTI Kemaman menerima hadiah dari Pengarah PASTI Terengganu.
Ustaz Ridzuan Hashim sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang acara nasyid.
Pengarah PASTI Terengganu menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua DPPNT sambil diperhatikan oleh Penyelaras PASTI Kawasan Besut.
Pasukan nasyid PASTI Dungun sedang mendendangkan lagu 'Sepohon Kayu'.
Peserta acara hafazan kategori perempuan dari PASTI Kawasan Kemaman sedang beraksi.
Peserta bercerita kategori lelaki nampak bergaya dengan baju raya.
Aksi adik Nur Afifah Najihah dari PASTI Kemaman muncul sabagai Juara Alam Ria PASTI Negeri Terengganu acara bercerita kategori perempuan.
Kemaman, 11hb. September : Kontingen PASTI Kawasan Kemaman berjaya menjuarai tiga acara di Hari Alam Ria Peringkat PASTI Negeri Terengganu yang diadakan pada 9-10hb. September di Dewan Haji Hassan, Alor Lintah, Besut semalam.
Alam Ria PASTI Negeri Terengganu tersebut telah dilakukan perasmian penutup oleh Ustaz Rizduan Hashim, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong dan Bendahari PASTI Pusat, Saudara Badaruddin Ismail.
Sebanyak sepuluh acara telah dipertandingkan dan kesemua lapan buah PASTI Kawasan seluruh Terengganu mengambil bahagian dan PASTI Kawasan Kemaman telah menjuarai acara sajak kategori lelaki, sajak kategori perempuan dan bercerita kategori perempuan.
Bagi acara bercerita, kepetahan, kelancaran, gaya badan dan aksi spontan yang menarik telah menobatkan Adik Nur Afifah Najihah Mohd Taufik, pelajar PASTI Al Amin, Kijal, Kemaman sebagai Juara Bercerita Kategori Perempuan.
Sementara itu, pasangan kembar lelaki dan perempuan, adik Syed Adib Marwan Syed Ahmad dan adik Sharifah Auni Marwa Syed Ahmad, kedua - duanya dari PASTI Pasir Minal, Kemaman berjaya mengungguli acara bersajak apabila terpilih menjuarai kedua- dua acara tersebut.
Bagi acara berpidato, peserta dari PASTI Al jihadi, Paya Berenjut, Kemaman, adik Nur Anis Afiqah Rais Ahmad (gambar - bawah) berjaya memenangi tempat ke-3 dan diberi penghormatan untuk menyampaikan pidatonya di hadapan tetamu jemputan sebelum majlis perasmian penutup.
Adik Nur Anis Afiqah, 6 tahun bercita - cita menjadi seorang doktor pakar memandangkan bilangan doktor pakar terutamanya dalam kategori sakit puan masih kurang sekarang ini.
Pada tahun ini PASTI Marang telah diumumkan menjadi Juara Keseluruhan Alam Ria manakala PASTI Dungun muncul sebagai Naib Juara.
Menurut Ketua Kontingen PASTI Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah, kegagalan pasukan nasyid mendapat tiga tempat terbaik disebabkan para peserta keletihan akibat terpaksa mengharungi perjalanan jauh hampir lima jam dari Kemaman ke Besut.
Kesemua pemenang Alam Ria PASTI Terengganu akan mewakili PASTI Terengganu ke Alam Ria PASTI Pusat pada 16-17hb. September ini yang akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak.
Kemaman, 8hb. September - Kumpulan nasyid PASTI Al Jihadi, Paya Berenjut muncul sebagai juara kategori nasyid di Alam Ria PASTI Kawasan Kemaman yang diadakan di Markaz PAS Bukit Mentok pagi tadi.
PASTI Al Jihadi menewaskan empat buah kumpulan manakala PASTI Nur Islam, Bukit Mentok dinobatkan sebagai Naib Juara.
Sebanyak 23 buah PASTI seluruh Kemaman telah menyertai pertandingan tersebut yang merupakan acara tahunan Jabatan PASTI Kemaman bagi mencungkil bakat - bakat pelajar untuk digilap dan diketengahkan.
Perasmian Penutup acara tahunan yang dulunya dikenali sebagai Hari Mahrajan telah disempurnakan oleh Haji Ismail Harun, Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman.
Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merangkap Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman, Ridzuan Mohammad (Timbalan Penyelaras), Mohd Tishaah Hamzah (Setiausaha PASTI Kemaman), Ustaz Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan (Bendahari) dan Azman Kadir selaku Penolong Setiausaha PASTI Kemaman.
Serentak dengan itu, PASTI Kawasan Kemaman juga telah mengadakan sambutan Hari Raya Idul Fitri bagi meraikan para ibubapa/penjaga, pelajar dan guru - guru serta pembantu yang hadir ke majlis tersebut.
Sebanyak tujuh acara dipertandingkan bagi memilih wakil PASTI Kemaman ke pertandingan peringkat PASTI Negeri yang akan diadakan pada 9-10hb. September di Jertih, Besut.

Bagi acara membaca khutbah, adik Ahmad Sauki Ahmad Sukri telah muncul sebagai Johan manakala adik Mohd Muhaimin Ibrahim memenangi acara memperdengarkan azan.
Acara yang mendapat sambutan hangat ialah nasyid berkumpulan dimana sebanyak lima buah PASTI telah menghantar pesertanya dan acara lain yang dipertandingkan merangkumi hafazan lelaki dan perempuan, sajak lelaki dan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan dan pidato perempuan sahaja.
Peserta acara hafazan kategori lelaki.
Nampak hensome dengan sepasang baju melayu dan bersongket.
Barisan juri, dari kiri ; Pn Sharifah Noriah, Pn Nor Arbaeyah dan Pn. Norisah.
Adik perempuan acara sajak.
'Ya Allah ! Ampunilah dosa kedua ibubapa dan guru - guru PASTI kami....'
'pada suatu hari pak Najib telah ditangkap....' peserta bercerita lelaki.
Pengacara Majlis (kiri) bersama Ketua Hakim (kanan) sedang tekun mendengar persembahan pelajar.
Bakal Khatib Masjid Pasir Minal 2020...
Bakal Ustaz tahun 2020...
'Ya Allah ! Engkau Redhailah perjuangan Ibubapa kami untuk mendaulatkan Islam...'
....'jikalau hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....'
Haji Ismail Harun semasa ucapan Perasmian Penutup Alam Ria 2011.
Hj Ismail Harun sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Ustaz Hishamuddin bersama salah seorang pemenang.
Bergambar bersama Penyelaras PASTI Kemaman.
Cenderahati untuk Pn. Norisah, salah seorang juri pertandingan.
Dua orang pemenang bersama guru pengiring.
Pemenang bersama guru pengiring.
KEMAMAN, 28 Ogos : PASTI Kawasan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah PASTI qaryah untuk menyapaikan sumbangan khas ramadhan kepada para pelaja PASTI yang bestatus anak yatim dan golongan armalah daripada guru-guru PASTI Kemaman.
Sumbangan berbentuk kewangan disampaikan melalui bendahari PASTI Kemaman, Ustaz Wan Zawawi. Antara PASTI yang terlibat ialah PASTI Sri Purnama Seberang Tayur, PASTI Al-Abrar Kertih, PASTI As-Syakirin Batu Putih, PASTI Al-Munawwarah Pangkalan Ranggon, PASTI Adam Mak Chili, Pasti As-Siddiq Geliga, Pasti Al-Jihadi Berenjut dan PASTI Darul Yakin Batu 4.
Pihak PASTI Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang budiman. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Sumbangan kepada Cikgu Puziah wakil Anak Yatim diperhatikan oleh Guru- guru di PASTI Al-Jihadi Berenjut pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pelajar Anak Yatim di PASTI Adam Mak Chili pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Cikgu Norimi wakil Anak Yatim bersama pelajar- pelajar di PASTI Al-Munawwarah Kerteh pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pelajar Anak Yatim di PASTI As-Syakirin pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Cikgu Raja Nur Saheera dua daripada kanan diperhatikan oleh Cikgu Dayang Man di PASTI Al-Abrar Kerteh pada hari Khamis 25 Ogos 2011.
Sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Cikgu Azlina dua daripada kiri diperhatikan oleh Guru- guru di PASTI Sri Purnama Seberang Tayur pada hari Khamis 25 Ogos 2011.